Health - Breastfeeding | Health - Post Natal

2 Tips Mudah Menjayakan Penyusuan Semasa Pantang

Masa pantang adalah masa paling mencabar terutamanya buat ibu-ibu yang baru dapat baby. Mana nak susukan baby, nak belajar faham kenapa baby menangis, nak belajar uruskan baby,etc. Masa ni juga lah susu memang tak akan kelihatan.

Saya nak kongsi 2 Tips untuk menjayakan penyusuan semasa pantang, takmo lah sekerat jalan, dah bagi formula. Kalau boleh, sampai umur baby 2 tahun, kita beri susu badan ๐Ÿ™‚

1. Fahami perut bayi

Baby baru lahir ni, perut dia sebesar guli je. Jumlah susu yang baby baru lahir perlukan, hanyalah satu sudu teh sahaja. Sebab tu baby yang anak luar nikah boleh survive walaupun dijumpai selepas 24 jam tanpa disusukan oleh sesiapa.


20130523-101344.jpg

Jadi kalau baby menangis macam tak puas, ia bukan semata-mata disebabkan susu tak cukup. Tapi sebab kan baby ni baru je keluar dari alam rahim, dia rasa alam dunia ni terlalu asing, terlalu sejuk, terlalu panas kadang-kadang. Pendek kata, baby ni rasa tak selesa, dan perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Itu sebab dia nangis.

Terkadang, posisi kita pegang baby pun memainkan peranan. Saya masih dalam pantang, memang nampak baby ni suka kita pegang tinggi sikit, tak suka baring gitu je. Macam-macam. Yang pasti, dia menjerit menangis, bukan semata-mata sebab susu x cukup

2. Konsep penyusuan yang sebenar- supply and demand

Fahami lah, susu banyak atau sikit bukan sebab salur susu atau lubang susu tersekat ke, tersumbat ke, lubang susu sikit ke, taaaaak. Jadi tak perlu berurut untuk susu. Susu pada minggu pertama adalah dalam bentuk kolostrum. Kolostrum ni bukan berwarna putih, dan memang kadang x nampak pun. Dia warna kuning., dan kuantiti kolostrum ni memang sikit sangat. Dia pekat dan memang cukup untuk keperluan baby.

Tips untuk banyakkan susu semasa pantang- pastikan susu diperah atau di pam setiap satu jam pada minggu pertama. Its ok jika hanya keluar angin. Its ok jika hanya keluar 0.5oz. Jangan putus asa ibu-ibu. Satu sesi perahan brings you closer to success. Payudara mengikut konsep, supply and demand. The more and higher the demand, the more supply will be. Kalau baby menyusu lama dalam kadar sejam pada satu-satu masa., jangan risau. Bagus sangat dah tu ๐Ÿ™‚ Hisapan bayi lah yang merangsang lebih banyak penghasilan susu.

Jangan risau, bukan susu tak cukup, tapi sebab ada sesetengah baby rasa selesa bila menempek kat payudara mak dia ๐Ÿ˜‰

Tahukah anda, bau payudara adalah sama dengan cecair amniotik (air ketuban) dalam rahim kita. Sebab tu bila lahir je, baby memang akan cari bau yang dia biasa bau terlebih dahulu- bau payudara yang serupa bau cecair air ketuban dalam rahim

Ok cukup 2 tips di atas setakat ini. Insya-Allah saya akan sambung lagi di lain masa ya ๐Ÿ™‚

P.s : Berminat nak dapatkan Set Breastfeeding Shaklee?
Hubungi saya sekarang!

Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp/Call: 0194773457
Email: [email protected]
Shaklee ID: 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *