3 Tips Pam Susu Untuk Ibu Bekerja
Dilema ibu bekerja yang teringin nak menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah? Masa nak perah atau pam susu. Kadang- kadang kerja banyak sangat sampai nak pergi toilet pun tak sempat, apatah lagi nak luangkan 15- 20 minit untuk pam. Tapi ibu- ibu, jangan resah.
Ramai ibu bekerja telah membuktikan, tiada yang mustahil untuk menyusukan anak hingga 2 tahun. Lihat saja wakil rakyat YB Nurul Izzah, gigih pam susu walaupun di hari sedang bersidang di Parlimen. Ambil juga semangat seorang juruterbang wanita, Pilot Siti Suraida, yang gigih pam susu, walaupun sibuk kerja sebagai juruterbang. Belum termasuk kenalan- kenalan saya yang bekerja sebagai jurutera di syarikat minyak multinasional., arkitek, guru dan pelbagai lagi profesion.
Di mana ada kemahuan, pasti di situ ada jalan!
Solusi paling mudah untuk ibu bekerja pam susu bila rasa takda masa:
1. Melabur sedikit untuk dapatkan pam susu jenis hands-free
Pam susu jenis ni adalah senyap dan membolehkan kita pam walaupun kedua-dua tangan kita sedang sibuk bekerja. Ada dari brand Medela dan brand Spectra 3, boleh pilih ikut mana berkenan di hati. Kalau kerja kat ofis tu, letak je pam dalam laci, sambil tangan type computer atau siapkan kerja atas meja. Sedar- sedar susu banyak terkumpul.
Takda duit nak beli? Atau tengah kumpul duit nak beli pam ni? Ok cuba solusi kat bawah pulak.
2. Pam sewaktu rehat tengahari
Semua syarikat memperuntukkan sekurang- kurangnya 1 jam untuk rehat tengahari, kan? Apa kata kita ubah rutin, dari makan di luar pejabat, kita makan di ruang surau atau bilik kosong, sambil makan, sambil pam susu š
3. Pam sebelum pulang ke rumah
Sejurus sebelum pulang ke rumah, pam susu dalam 15- 20 minit. Kenapa bukan bila dah sampai rumah?
Jangka masa antara waktu rehat tengahari dan waktu bila dah sampai rumah adalah lama. Contoh kat tempat kerja pam pukul 1 tengahari. Balik kerja pukul 5. Selang masa adalah 4 jam. Kalau nak susu meriah, kena pam antara 2- 3 jam sekali. Kalau 4 jam pun ok lah., jangan pulak sampai selang masa 5-6 jam.
Kita perlu faham cara payudara hasilkan susu. Lebih kerap payudara di perah/pam, lebih banyak lah susu akan terhasil. Janji, kena konsisten.
Anda rasa possible? Katakan pada diri sendiri, ya! Pasti ada masa, Aku pasti boleh!
All the best ibu bekerja! š
P.s : Mahu CubaĀ Set Penyusuan Shaklee?
Set Penyusuan ShakleeĀ (klik untuk testimoni)Ā telah membantu merangsang penghasilan susu yang meriah dan pekat untuk ramai ibu menyusu yang sibuk bekerja.
Ia turut membantu saya secara peribadi untuk bertenaga dan cergas walaupun aktif menyusukan anak.

Untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee, ibuĀ boleh hubungi saya di :