Tips Pam Susu Untuk Ibu Berkerja Di Pejabat

Ramai ibu yang keluar bekerja, mengadu tak dapat pam setiap 2 jam sebab kerja…

Ibu-ibu yang dikasihi, jangan risau. Anda tidak keseorangan. Ramai lagi ibu yang bekerjaya, tapi berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun.

Ikuti perkongsian Puan Farah Wahida yang waktu kerjanya tak mennetu, susu mula drop, tapi tetap gigih kumpul stok demi anak tersayang.

Yang penting, keazaman perlu tinggi. Bersedia dari segi emosi dan kenalah sanggup berkorban sedikit. Di sini ingin saya kongsikan beberapa tips penyusuan untuk ibu bekerjaya, moga memberi manfaat untuk semua 🙂

tips pam susu ibu bekerja di pejabat

1. Pam 3 kali di siang hari

Sesi Pertama – Pam sebelum pergi kerja sambil susukan bayi direct feeding di sebelah yang lain. Contoh, kalau bayi menyusu sebelah kanan, pam di sebelah kiri.

Sesi Kedua – Pam sewaktu rehat tengahari.

Sesi Ketiga – Pam selepas kerja, sebelum pulang ke rumah.

2. Pam dalam kereta

Kalau pergi kerja naik kereta, gunakan sepenuhnya masa di dalam kereta untuk pam susu. Pam waktu pergi kerja, dan balik kerja.

3. Melabur untuk dapatkan pam jenis Freestyle

Pam jenis Freestyle dari jenama Medela atau Spectra sangat membantu untuk ibu bekerja yang sangat sibuk sampai waktu lunch pun tak keluar ofis.

Pam jenis ini membantu ibu pam susu; letak pam dalam laci, dan ibu bebas siapkan kerja pejabat tanpa perlu pegang pam.

cara pam susu di pejabat

Pam susu tanpa perlu pegang pam. Kerja jalan, stok susu pun terkumpul.

4. Reset Minda

Katakan ‘Saya pasti boleh!’ Katakan kepada diri sendiri, ‘Saya pasti berjaya susukan anak sepenuhnya, sehingga 2tahun!.’

Bila kita sentiasa fikir boleh, fikir yang positif, maka yang positif akan datang kepada kita.

5. Gunakan Jadual Pam Susu

Untuk memudahkan anda track setiap sesi mengepam anda, gunakan jadual pam susu yang khas untuk di pejabat. Anda boleh mendapatkan sample di entri saya yang bertajuk “Jadual Pam Susu Bagi Ibu Yang Berkerja“.

Adakah anda mempunyai tips yang anda sendiri amalkan di ofis? Jemput kongsikan di ruangan komen 🙂

P.s. – Jemput belek koleksi tips-tips banyakkan susu badan (^_^) <– Klik

P.s.s. – Berminat nak cuba Set Penyusuan Shaklee untuk banyakkan susu badan? Boleh hubungi saya di [email protected] atau 019 477 3457

 

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

2 Comments

  1. Denaihati 15 November 2013
  2. rauidah rahmat 26 March 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares