Health - Breastfeeding

Panduan Menyimpan Stok Susu EBM

Ibu- ibu yang masih baru dalam penyusuan susu ibu mungkin ada yang masih kurang jelas, kalau kita perah atau pam susu, apa cara terbaik untuk simpan EBM (expressed breast milk atau susu perahan)?

Berapa lama boleh tahan? Sehari? 2 hari? Seminggu?

Boleh tak simpan kat fridge (bahagian peti ais yang  tak berapa sejuk).

Kalau di fridge, tahan berapa lama?

Kalau di freezer (peti sejuk beku tempat simpan aiskrim), tahan berapa lama? Freezer pulak ada beberapa jenis.

Tips Penyusuan Bayi hari ini adalah mengenai Panduan Simpan EBM.

Jemput rujuk jadual di bawah 🙂

Suhu bilik di sini merujuk kepada suhu pejabat. Depends lah aircond kat ofis kuat macam mana. Atau simpan dalam kereta kejap semasa pam sambil driving. Balik rumah nanti cepat2 simpan dalam fridge.

Bekas simpan susu perahan

Mari saya kongsikan 3 tips simpanan susu perahan EBM :

1/ Bekas bebas BPA

Oleh kerana kita mahu simpan susu perahan di dalam bekas tersebut berulang kali, adalah lebih baik untuk ibu dapatkan bekas simpan susu yang bebas BPA.

Tidak semestinya bekas tersebut di jual di kedai aksesori menyusu, asalkan ia bebas BPA, ia boleh digunakan untuk simpan susu perahan EBM.

2/ Guna plastik aiskrim pakai buang

Lebih jimat ruang jika guna plastik yang bukan bekas solid.

Jika anda belum dapatkan deep freezer, penjimatan ruang freezer adalah sangat penting.

Mana nak letak ayam, ikan, daging? Mana pula nak simpan susu perahan, kan? Jadi kena rancang betul- betul.

Jika ruang freezer anda agak terhad, memadai untuk anda dapatkan plastik kecil-kecil seperti plastik aiskrim Malaysia untuk simpan susu perahan.

3/ Catat tarikh perahan

Jangan lupa letak tarikh siap- siap pada apa sahaja bekas simpan susu perahan EBM anda. Ini adalah supaya anda boleh track mana satu yang perlu di gunakan dulu.

Panaskan susu perahan yang telah diperah terlebih awal berbanding yang kemudian.

Anda berminat nak dapatkan Set Breastfeeding Shaklee?

Hubungi saya hari ini di [email protected] atau Whatsapp ke 019 477 3457 🙂
admin-ajax.php

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *