tips perniagaan
Tips Perniagaan

Tips Perniagaan : Anda Topi Yang Mana?

Baru-baru ini suami saya menyertai Program Platinum Dr Azizan Osman, iaitu MYB (Masters Your Business)

Sangat menarik sebab ianya membantu kita merangka bisnes bukan sekadar untuk dapat jualan dan keuntungan, tapi lebih dari itu.

Hari ni, saya kongsikan dahulu sedikit input semalam – 3 topi dalam bisnes.

Ada 3 jenis topi yang biasa dipakai oleh orang bisnes.

1. Topi Technician

Orang bisnes yang pakai topi ni suka buat semua benda sendiri.

Bila buat semua benda sendiri, kita akan bazir masa melakukan even benda² remeh yang boleh siap dengan lebih cepat kalau di outsource.

2. Topi Pengurus

Orang bisnes jenis ini suka mengarah pekerja buat itu ini dan check setiap benda yang dibuat oleh pekerja.

tips perniagaan

3. Topi Entrepreneur

Untuk orang bisnes yang bertopikan topi seorang Entrepreneur, mereka akan delegate kerja pada staff.

Mereka tahu dengan jelas…

  1. Apa yang mereka nak
  2. Bila mereka nak
  3. Macam mana mereka nak capai apa yang mereka nak

Mereka tak cari salah pekerja, tapi akan lead dan train pekerja mereka untuk berjaya.

Nota Kaki:

Untuk bisnes yang baru nak bermula, memang akan mula dengan topi technician.

Tapi tak boleh lama² pakai topi tu.

Kena cepat² belajar macam mana nak tukar topi dari technician ke entrepreneur.

Bila dah pakai topi entrepreneur barulah bisnes boleh grow dan expand.

Kita nak buat bisnes bukan sekadar untuk dapat hasil jualan.

Buatlah bisnes yang one day nanti kita boleh jual atau wariskan ^_^

Kalau macam nak cuba bisnes Shaklee sebab dah selalu sangat ambil Shaklee, boleh contact saya cepat-cepat:

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

One Comment

  1. bagus entri ni, saya baru tau benda2 ni… tak pernah tahu ada istilah topi ni, buat masa ni memang saya pakai topi technician, dah memang kerja pon technician hahaha… insyaallah akan berusaha lebih keras untuk capai topi Entrepreneur ni secepat mungkin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *