Tips Perniagaan

Tips Perniagaan Online : Niche & Fokus

Sebelum Shaklee meletup macam hari ini, golongan pioneer online marketing (geng mak nenek ai lettew) bermula dengan Set Penyusuan Shaklee. Semua pun mak-mak yang nak menyusukan anak dan membantu mak-mak lain untuk turut berjaya dalam penyusuan.

Jadi bila sebut Shaklee, majoriti orang akan kaitkan dengan ibu menyusu. Jadi tak hairan kalau orang tanya, ‘Saya belum kahwin, boleh ke makan Shaklee.’

Atau ‘Saya tak menyusukan anak, boleh ke makan Alfalfa.’ Atau orang lelaki akan tanya, ‘Boleh ke orang lelaki makan Shaklee.’

Begitu berpengaruhnya niche penyusuan ke atas Shaklee.

tips perniagaan internet

Jatuh Cinta Dengan Semua Produk Shaklee

Bila Group makin berkembang, penyusuan dah bukan jadi fokus utama.

Ada orang jatuh hati sebab Shaklee bantu kuruskan badan yang kembang, ada orang jatuh hati dengan Vitamin C je sebab kecantikan, ada juga yang jatuh cinta dengan ESP sebab betul-betul bantu bertenaga, macam ai lah ๐Ÿ˜›

Bila golongan yang baru sertai Shaklee nak mulakan perkongsian Shaklee, kita akan teruja sebab rasa nak kongsi semua benda.

Lebih – lebih lagi yang baru lepas pergi Kelas Nutrisi anjuran pihak Shaklee, rasa nak beli semua vitamin dan nak cuba, dan nak cerita semuanya kepada orang di luar.

Fokus Niche

Saya sendiri masih dalam fasa mencari niche apa yang bersesuaian dengan blog Diary of Muhammad ๐Ÿ˜›

Ikutkan hati, saya nak bantu ramai orang terutamanya yang terpaksa menghadapi sakit kronik seperti kanser dan masalah kolesterol. Tapi suka juga nak bantu orang untuk ceria masa berpantang, ibu menyusu dan macam-macam lagi.

Kenapa Penting Fokus Satu Niche?

Fokus menonjolkan keunikan kita. Contohnya jika kita jual produk yang sama dengan orang lain, seperti produk Shaklee, apa yang buat kita lain dari pengedar Shaklee yang lain?

Tonjolkan nilai kita. Bila kita berkongsi tips dan maklumat, ia membantu kita membina jenama tersendiri.ย Jenama akan lead to sales.

Contoh kita suka sangat dengan Prof Muhaya.

Jadi kalau dia tawarkan perkhidmatan, mesti kita teringin lebih cenderung memilih perkhidmatan dia berbanding orang lain yang juga tawarkan perkhidmatan yang samaย pada harga yang lebih murah.

Mudah Merancang Jualan

Bila kita ada fokus, lebih mudah kita nak merancang jualan dan target.

Seperti contoh, kita nak jana RM 3,000 dari jualan buku kanak-kanak bertajuk ABC.

Kita akan fokus mempromosi buku ABC tersebut sampai dapat RM 3,000. Selagi tak dapat, kita tak akan berhenti atau beralih arah.

Bila kita fokus, kita akan cari dan korek kelebihan buku tersebut, pelajari bagaimana ia membantu perkembangan otak kanak-kanak, kaji bagaimana ia membantu ibu bapa dan guru mengajar anak dan pelbagai lagi.

Kita lebih terarah dan tak lah sekejap jual ABC, tapi lepas beberapa minggu takde jualan, jual tudung pulak.

Fokus sampai capai target kita.
Fokus sampai capai target kita.

Pengedar Shaklee Yang Bukan Sekadar Menjual

Pengedar Shaklee seharusnya bukan sekadar tahu pasal menjual, tapi juga tahu tentang subjek berkaitan masalah prospek.

Sebagai contoh paling mudah, Set Penyusuan Shaklee. Ada ibu nak beli dan cakap nak vitamin yang hanya tambahkan susu sahaja, yang lain tak nak.

Sebenarnya ibu tersebut perlu di educate oleh kita menerusi penulisan-penulisan di blog tentang konsep penghasilan susu itu sendiri.

Susu ibu terhasil bukan sekadar makan makanan magic, pop, terus keluar susu. No no!

Tapi ia sangat berkait rapat dengan kekerapan perahan ibu, mood ibu, fizikal ibu samada cergas atau dah lembik penat, lengkap atau tidak nutrisi dalam badan dan pelbagai lagi.

Bila semua sempurna, tip top, baru susu akan terhasil dengan mencurah-curah.

Boleh jadi ibu banyak susu, tapi sebab tak tahan letih, ibu tersebut tetap akan give up dan bagi susu formula.

Nampak peranan fokus?

Sambil kita cerita tentang seronoknya makan Set Penyusuan Shaklee, sambil kita tekankan macam mana tips nak dapatkan susu yang banyak.

Set Shaklee bukan lah makanan magic yang boleh menyelesaikan pelbagai masalah. Bila ambil Shaklee, kita tetap kena jaga perkara asas yang diperlukan; seperti contoh kalau nak kurus, dan makan Shaklee, kena jugak pastikan kurangkan makan makanan bergoreng dan berlemak.

Kalau ambil Set Cyst dan Fibroid pulak, kena juga pastikan kurangkan makanan yang di proses seperti makanan dalam tin dan makanan dalam kotak. Tak boleh hentam sesuka hati.

Vitamin berfungsi untuk membantu, bukan sebagai peranan utama untuk memastikan kita sihat.

Fokus Menuntut Kesabaran

Bila fokus niche, kita tak expect hasilnya akan dapat dalam masa singkat 1-2 bulan. Tapi konsisten lah berkongsi, mungkin 6 bulan akan datang kita akan mula menuai hasil.

tips perniagaan online

Yang penting berkongsi untuk membantu.

So, niche apa bulan ni? Anda rasa? ๐Ÿ˜‰

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp : 019 409 3457

Shaklee ID :858755

Similar Posts

3 Comments

  1. Betul juga tu.. Penting juga punya identiti sendiri, cuma saya sendiri kdg rasa agak sukar nak fokus sebab kadang menulis berdasarkan permintaan pelanggan pada masa tu jadi menjadi bercampur campur… Ada cadangan tak nak buat mcm mn…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *