Business

Tips Perniagaan: Snowball Effect

Tips ini saya pelajari dari Kak Liyana Anaqi menerusi group Facebook Malaysian Mum Biz Network.

Menarik sangat terutama untuk kita yang modal kecil, nak buat bisnes, tapi tak nak buat loan.

Konsepnya sangat mudah.

Snowball adalah bersifat bulat dan bergolek.

Makin lama snowball digolekkan, makin besar lah saiz snowball.

image

Saya berikan contoh ya, contoh yang saya buat untuk bisnes buku saya, Islamic Books for Kids.

Mulakan Dengan Kuantiti Sedikit

Dalam bisnes, mula-mula contoh spend RM 300 untuk beli stok buku.

Untuk permulaan bisnes buku kami, kami mulakan fokus untuk jual satu jenis buku sahaja.

Fokus adalah sangat penting supaya kita dapat plan strategi terbaik untuk promosi.

image
Fokus sampai betul-betul jadi

Contoh, kos buku A adalah RM 10. Duit dalam tangan RM 300.

Jadi, kita boleh beli 30 buah buku, dan mula promosi di Facebook, Blog, Twitter, dan media social yang lain.

Semua media sosial ini adalah percuma, jadi tiada kos pengiklanan yang perlu dikeluarkan.

Cara Snow Ball

Contoh harga jual buku di pasaran adalah RM 30.

Untung untuk satu buku dah dapat RM 20.

Dari RM 20 ni, 10% pergi sedekah. 90% roll modal.

Ingat, bersusah dahulu, senang kemudian.

Jadi dari RM 20, RM 2 sedekah. RM 18 simpan untuk roll modal.

image

Lepas habis stok buku, dalam tangan sekarang ada RM 540 (RM 18 x 30 buah buku) untuk roll modal.

So 1/3 spend untuk beli buku baru tajuk lain. Lagi 2/3 untuk restock buku sebelum ini.

Kenapa 2/3 untuk restock?

Sebab buku sebelum ini dah mula dikenali di kalangan rakan di media sosial, dan mula mendapat perhatian.

Kenapa 1/3 dari modal digunakan beli buku baru?

Sebab nak testing pasaran buku baru, saya tak suka kuantiti yang terlalu banyak.

Belian buku baru ini penting untuk menyediakan lebih banyak pilihan buku kepada bakal pelanggan.

Nota tambahan : Biasanya masa awal perniagaan, margin untung tak lah begitu tinggi sebab kalau beli sikit, tak dapat harga borong.

Kadang profit dalam seringgit, dua ringgit saja. Alhamdulillah.

Itu tetap dikira profit dan tetap kena simpan untuk snowball.

Kembangkan kreativiti anda 😉

Akaun Bank Khas

Rolling modal ini sangat mudah jika kita sediakan satu akaun bank yang khas untuk perniagaan.

Akaun bank khas penting supaya tak bercampur dengan duit gaji (especially kalau yang buat part time sambil kerja makan gaji) takut salah perkiraan bila melibatkan rolling modal.

Saya juga sangat sarankan untuk buat record dalam excel file untuk monitor cash flow yang sihat.

Sekian perkongsian saya 🙂

Moga bermanfaat buat anda yang nak mulakan perniagaan, tapi modal sikit.

P.s: Anda berminat nak sertai saya untuk perniagaan Shaklee?

Yuran hanya RM 75 (WM) atau RM 85 (EM)

Tak perlu simpan stok atau beli stok. Cukup berhati kental, suka cabaran dan proaktif.

Hubungi saya untuk bermula!

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *