Family

Tips Rawat Anak Demam Panas Cara Khadeejah Hasmad

Bila anak mula tak sihat, kerja harian pasti terganggu.

Demam saja pun dah boleh buat parents tak senang hati. Kalau boleh hari tu jugak nak kasi suhu turun.

image

Ye lah, kalau panas sangat boleh merosakkan organ, menyebabkan sawan, mengganggu tumbesaran otak. Haaa banyak nak kena risau tu. Dah nama nya mak bapak, memang normal lah tu.

Cemana boleh demam?

Balik dari Kelantan hari tu, singgah makan aiskrim jap sebab saja. Tapi lupa pulak Maryam ni macam tak boleh kot makan aiskrim jenis yang kami selalu beli tu.

Maryam makan sekali, hmm, malam tu dah mula rasa dedar. Esok nya dah panas.

Tuam air dan ais

Biasa kalau anak demam, kami tuam pakai air. Basahkan kain napkin yang dipotong 4, buat macam baju dan headband. Pakaikan kat Maryam.

Hmm, banyak gak rengekan baby umur setahun nih semalam. Tapi demi kesihatan anak tersayang, tahan je lah. Pujuk-pujuk sikit

Anak demam ni menyentuh hati sikit.

Sebab masa dia sihat, kemain aktif.  Tapi bila demam, jadi monyok dan duk diam masa demam.

Bila tak kebah-kebah gak, tuam pakai air ais pulak.

Supplement demam

Sambil tu dia memang akan kerap menyusu, sebab memang nature budak demam akan menghidratkan diri nya sebab tekak kering kot.

So saya ambil peluang makan banyak-banyak supplement khas untuk tingkatkan imuniti tubuh buah hati saya ni.

Antaranya termasuk Garlic, Vitamin C,  Nutriferon dan Performance Drink. Kalau diri sendiri tak sihat pun, memang itu yang saya amalkan.

image

Alhamdulillah pagi ni kebah dah. Berpeluh siap :’)

Pahala jaga anak demam

Kalau rutin terganggu, banyak keje tak boleh buat, pujuk lah hati dengan janji Allah. Ibu bapa yang tak selesa berjaga malam sebab jaga anaknya, Allah janjikan pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Anak ni amanah Allah. Kalau kita jaga molek, insya-Allah pasti ada ganjarannya.

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *