Berpantang

Tips Tidak Sembelit Semasa Pantang

Masa pantang, antara perkara yang perit adalah, susah nak buang air besar.

Masa pantang anak pertama, saya merasa keperitan itu.

Alhamdulillah kali ni pantang anak ketiga, boleh dikatakan hampir setiap hari boleh buang air besar, dan najis adalah lembut 🙂

Masa hari pertama tu tak membuang lah. Bersalin waktu pagi.

Tapi terasa macam something not ok, punggung rasa tak selesa.

Esoknya, saya pun buat misi buang air besar.

Tips untuk tak sembelit :

1) Usah teran, tapi tolak dengan nafas.

Kita akan rasa nak membuang. Kita akan rasa nak teran. Tapi bila teran, najis tak keluar keluar.

Apa yang kita perlu buat adalah, relax.

Tarik nafas panjang, dan hembus nafas into our body sambil bayangkan nafas kita tolak najis.

Teknik ini adalah teknik untuk bersalin tanpa koyak, Alhamdulillah ia juga berkesan untuk hilangkan sembelit.

Cuba banyak kali, insya-Allah nanti keluar lah najis.

2) Makan buah oren

3) Ostematrix dan Alfalfa (Supplement Shaklee untuk bantu buang angin dan lembutkan najis)

Tapi teknik #1 kena buat juga sebab secara peribadi, walaupun saya makan oren, Alfalfa dan Ostematrix, kalau teknik #1 tak buat, susah juga nak membuang.

Lepas berjaya membuang, alhamdulillah punggung rasa lebih selesa.

Sakit sikit lagi itu adalah biasa sebab punggung kita sedang mengecut untuk kembali ke saiz sebelum mengandung.

Semoga entry ini membantu ibu-ibu yang sedang berpantang dan berjuang untuk membuang air besar.

Ya, hanya kita yang faham perit nya situasi ini. All the best! 😀

Untuk dapatkan Alfalfa dan Ostematrix, anda boleh hubungi 019 477 3457 🙂

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *