Tips Tulis Blog Jual Shaklee : Tips Tangkap Perhatian Prospek
TIPS TANGKAP PERHATIAN PROSPEK PREMIUM
Orang tak kisah produk kita bagus atau tidak.
Tapi apa yang orang kisah adalah : Adakah aku boleh dapat result yang aku mahu, atau tidak.
Justeru dalam pemasaran, sebaiknya sebut dahulu masalah apa yang kita boleh bantu.
Sebagai contoh :
(1) Masalah rambut gugur. Produk ESP dan Prosante
✅ Rambut selalu gugur? Nak saya bantu?
❌ ESP dan Prosante memang best
(2) Masalah kolesterol. Produk Phytocol dan Omega
✅ Kolesterol naik menakutkan. Risau risiko serangan jantung tiba-tiba.
❌ Phytocol dan Omega ada promosi bulan ini
Kebiasaannya apabila kita promosi produk terlebih dahulu, ia menarik ramai prospek kurang berkualiti seperti yang nak harga paling murah di pasaran.
Fokus pada masalah Insya-Allah akan menarik prospek yang “desperate” dan tidak berkira dengan harga.
#deejablogmarketingtips