Tips Tulis Blog Shaklee : Selesaikan Masalah Pembaca
Petang ini Alhamdulillah dapat sekali lagi transaksi jualan bernilai RM 800+ dari blog.
P.s : Saya kongsikan screenshot payment di ruangan comment buat motivasi kawan-kawan ?
Mari saya kongsikan serba sedikit tips untuk dapatkan jualan menggunakan Blog.
Blog yang kita tulis :
– Mengena pada masalah yang orang cari. Kata mudahnya kenal pasti apa masalah orang, tulis berdasarkan masalah.
Paling mudah, tulis berdasarkan pengalaman kita.
Biasanya ramai orang ada masalah yang sama macam kita tapi segan nak bertanya, jadi mereka ini akan Google.
Letak diri kita dalam posisi pembaca. Tanya soalan berikut :
1- Agaknya apa yang dia akan taip di Google untuk selesaikan masalah dia
Ini sangat penting. Sebab ini menentukan adakah tulisan kita mudah dijumpai di laman Google, atau tidak.
2- Agaknya kalau dia cari produk, dia nak baca panjang ke atau pendek
Subjektif, boleh eksperimen dengan 2 entry berbeza iaitu Entry panjang & pendek
Happy writing!
P.s : Saya sudi bantu anda bina bisnes menggunakan blog. Boleh daftar di diaryofmuhammad.com/akademi-roket-blog