Tips Perniagaan

Tips WAHM : Cara Update Facebook Tanpa Perlu Gadget

Surirumah adalah salah satu kerjaya yang sibuk kerana ia menuntut komitmen 24 jam dari kita ๐Ÿ˜‰

Ada surirumah yang bekerja dari rumah, suka berkongsi tentang produk di Facebook, tapi tak mampu nak menghadap Facebook sepanjang masa.

Macam mana nak buat?

Update Facebook Tanpa Gadget

Salah satu media yang membantu ibu untukย ย jadualkan update status Facebook, adalah Buffer.

cara update facebook tanpa menggunakan gadget

Buffer ni menarik sebab anda boleh rangka status yang akan anda tulis di Facebook dan jadualkan bila ia akan keluar di wall anda.

Boleh jadi anda sedang diuji dengan anak sakit, atau sedang bercuti di kawasan yang tiada kemudahan internet, tetapi bila anda telah jadualkan perkongsian anda, ia tetap akan keluar pada waktu yang telah ditetapkan.

Mula Buffer

Anda boleh mulakan ‘Sign Up’ di laman web Buffer

Ikuti langkah mudah berikut:

1) Pergi ke laman web Buffer : www.bufferapp.com

cara update facebook tanpa gadget

2) Pilih ‘Log in with Facebook’

Tadaaa! Anda boleh mula tulis status dan jadualkan masa keluar.

Oops, pastikan masa adalah mengikut waktu Malaysia.

3) Ubah time supaya masa keluar post adalah waktu Malaysia.

Click pada ‘Schedule’ dan anda akan bertemu dengan interface seperti gambar di bawah.

cara update facebook tanpa guna gadget

Untuk confirmkan waktu adalah mengikut waktu tempatan, lihat ‘The local time is here’ pada anak panah merah

Siap!

Contoh dashboard buffer

Ini adalah contoh dashboard saya.

Buffer ni asalnya ada hampir 100 que.

update facebook tanpa gadget
Lihat di tepi belah kiri, boleh add group yang kita bukan admin, dan boleh jadualkan untuk page kita

Feature Buffer

Buffer ini menarik kerana bukan sahaja ia boleh di set kan untuk post ke wall kita, tetapi juga ke group-group yang kita jadi member (tak perlu jadi admin) dan ke page Facebook.

Untuk akaun free, anda hanya boleh jadualkan 10 post pada satu masa. Tapi untuk jadualkan 200 post, anda hanya perlu bayar yuran bulanan iaitu 10 USD atau lebih kurang RM 30+ sahaja ๐Ÿ˜€

Apps Buffer di Android

Anda boleh cari Apps Buffer di PlayStore. Ia akan sync secara automatik dengan apa yang anda jadualkan di laptop atau komputer.

Lebih mudah kerana anda boleh buffer secara santai.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda ๐Ÿ™‚

Berminat nak dapatkan Shaklee atau jadi ahli Shaklee?

Hubungi saya sekarang!

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp: 019 409 3457

Shaklee ID: 858755

 

Similar Posts

3 Comments

  1. haii saya nak tanya… apa maksud “boleh jadualkan 10 post pada satu masa. Tapi untuk jadualkan 200 post, anda hanya perlu bayar yuran bulanan iaitu 10 USD atau lebih kurang RM 30+ sahaja”… maknanya max sehari 200 post ke atau keseluruhan tak kira masa 200 post tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *