3 Tips Wajib Baca Untuk Ke Aquaria KLCC

Aquaria adalah sebuah tempat yang menempatkan pelbagai jenis ikan, terletak di sebelah bangunan KLCC. Sangat sesuai sebagai tempat bawa anak-anak mengenal ikan.

Kami pergi pada pukul 1030 pagi sebab ingatkan nak kejar feeding session ‘Electric Eel’, tapi tak sempat pulak.

Nak dibandingkan dengan Zoo Negara, akuarium Zoo Negara macam best sikit, cuma Aquaria ada kelebihan kolam besar yang menempatkan pelbagai jenis ikan menarik termasuk jerung, ikan pari gergasi dan penyu gergasi yang sangat lah comel.

Selain itu Aquaria juga ada terowong laut (sea tunnel) yang boleh tengok macam-macam jenis hidupan laut berenang bahagia, tapi kat sini tak ambil gambar lah pulak 😛

Harga Tiket

Harga tiket untuk dewasa RM 38 seorang, manakala untuk kanak-kanak pula RM 28 seorang.

Kanak-kanak adalah kategori umur 3 tahun hingga 12 tahun. Kira Maryam dapat free lah, alhamdulillah ^_^

Touch Pool

Antara lokasi menarik adalah Touch Pool, tempat di mana kita boleh pegang semua benda. Kolam tu dalam juga, basah hand sock sampai ke siku.

Boleh pegang tapak sulaiman, ketam, shark, ikan pari, belangkas dan macam-macam lagi lah.

Shark yang boleh dipegang tu, jinak tau. Tak gigit orang.

Tips Aquaria KLCC

Aquaria ni tak lah besar sangat. Sekejap je dah boleh cover semua. Kami siap masuk 2 kali di terowong laut.

Antara tips yang mungkin anda ingin pertimbangkan:

  1. Sebaiknya masuk waktu tengahari selepas solat fardhu Zohor dan makan sebab dalam ni tiada surau dan tidak dijual makanan. Kalau keluar dan nak masuk semula, kena bayar balik.
  2. Check waktu beri makanan (feeding time) ikan-ikan di Aquaria untuk anda rancang masa
  3. Lagi, bawa lah cash RM 100+ kalau nak beli gambar yang pihak Aquaria tolong ambilkan untuk kita masa mula-mula masuk. Satu set tu dalam RM 80. Tidak lah kami membelinya. Adeih.

Jom layan gambar!

Tips Aquaria KLCC

Lionfish nama ikan macam bunga ni

tips aquaria klcc pacific octopus besar

Pacific Octopus yang besar bangat

tips aquaria klcc pacific octopus

Seronok tengok sotong kurita ni melekap-lekap kat dinding kaca

tips aquaria klcc penyu besar

Kolam sedalam 5 meter yang mengambil masa sebulan untuk dipenuhkan dengan air masin

tips aquaria klcc penyu kolam

Subhanallah cantik sangat penyu-penyu besar ni berenang

 

tips aquaria klcc seahorse

Kuda Laut

tips aquaria klcc tree trunk

Ikan-ikan ni berenang kat bahagian atas pokok dalam air. Kat bawah takde pulak

Insya-Allah ada beberapa video yang bakal saya kongsikan sekali, tapi tunggu upload dulu ya 😀

Berminat untuk dapatkan supplement Shaklee?

Hubungi saya untuk order:

Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

3 Comments

  1. ctfand 25 September 2014
  2. Farah Alina 14 October 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda!