Living in Japan

Tokyo With Kids: Cari Diapers Di Jepun

Agak mencabar sikit nak cari diapers kat sini.

Perkataan bagi diapers budak adalah “akacan umatsu”

Umatsu, bukan umasu.

Akacan tu maksudnya baby.

3 tempat cari diapers.

1) Kedai runcit di train station

Masa first time ke Jepun, kami jumpa hok sekeping dua tu di kedai runcit di train station.
Kena tanya cashier lah sebab tersorok sikit tempat diapers tu walaupun kat depan je.

2) Bic Camera

Walaupun nama bangunan besar tu adalah Bic Camera, tapi dia bukan sekadar jual kamera dan aksesori kamera je.

Dia ada juga butik baju macam Uni Qlo dan macam-macam lagi.

Kat Sapporo di Hokkaido, kami beli diapers di Bic Camera.

Banyak pilihan kat sini dan murah sebab dia jual yang segedabak besar, bukan sekeping dua aje.

3) Kedai Farmasi

Bila first time duduk di apartment Tokyo baru-baru ini, agak mencabar kami nak cari diapers sebab kawasan perumahan tak jumpa Bic Camera.

Lagipun, takkan nak beli diapers sekeping dua je kat kedai runcit.

Alhamdulillah dengan bantuan local, berjaya jumpa diapers kat kedai farmasi.

image
Ini lah farmasi kat housing Ebisu, Tokyo

Senang je nak tahu farmasi tu, yang hok jual banyak barang make-up dan pencuci muka.

Ye lah tu itu farmasi.

Biasa diapers budak kat belah belakang sekali.

Diapers kat Jepun sangat berbeza dengan di Malaysia.

Mostly pull-up pants siap ada sticker untuk gulung.

Paling murah dan bajet adalah Mamy Poko.

Huhuhu.

Kalau nak cari diapers newborn, beli je saiz M ke saiz L ke, janji ia pull-up pants.

Untuk last trip, kami bawa Hannah yang baru umur 2 bulan.

Kami memang saja tak bawak diapers, sebab nak beli sini je.

Punya susah nak cari saiz S.

Sudah tu, make do je Hannah dipakaikan diapers Maryam versi pull-up.

Alhamdulillah langsung tak leak dan sangat match.

Sebabnya pull-up ni dia fit kat bahagian pinggang dan celah kangkang.

Ok, semoga entry ini bermanfaat untuk anda yang nak bawa anak pi Tokyo atau mana-mana kawasan Jepun 🙂

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *