Living in Japan

Tokyo With Kids: Tips Stroller Di Train Station Shinjuku

Kalau takde stroller, naik je escalator atau tangga untuk ke platform.

Tapi bila bawak stroller, gabak pulak tu, kena naik elevator atau lif.

Memang rule sini, escalator tokleh bawak naik stroller.

Sangat safety first.

Dan pulak tu, setiap platform ada dedicated lif sendiri.

Selamat lah kan. Haha.

Contoh, kalau nak ke platform 5&6, tak boleh lah ambil lif ke platform 10&11.

Nanti naik, jumpa 10&11 aje. Kan dah kena turun balik.

Jadi bila sampai Shinjuku, nak pergi platform #14, jenuh nak cari mana elevator.

Platform sampai 15 tau. Belum masuk shinkansen punya platform lagi.

Tips nya : pergi kat mana-mana elevator yang kita jumpa, dan naik ke tingkat 2.

Sebab,kat tingkat 2 ada banyak elevator.

Elevator, lif, sama dedua tu.

Dari situ, boleh cari lif ke platform 14 & 15 dengan bahagia.

Selamat maju jaya! 🙂

Ini juga entry untuk peringatan kami. Kekeke.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *