Transformasi Diri Bersama LUA NLP
Alhamdulillah tempoh hari Allah izinkan saya dan suami sertai kelas motivasi anjuran rakan kami, Masters Hafsah, dari group Shaklee yang berbeza.

Sesungguhnya Allah sangat tahu keinginan saya untuk sertai majlis ilmu yang begini.
Memang saya dah daftar untuk program Dr Azizan Osman bulan June ni, tapi bagi saya lambat sangat.
Saya perlukan program rohani pada bulan May.
Ada beberapa perkara yang saya buat, dan Subhanallah Maha Suci Allah, Alhamdulillah akhirnya Allah izinkan saya join program LUA NLP (Law of Universal Attraction – Neuro Linguistic Programming) ni di saat – saat akhir.

Antara pelajaran yang saya terima, kalau boleh nak tulis semua, tapi saya tulis sikit je dulu ya:
#1: Betulkan Niat
Niat buat Shaklee mestilah kerana Allah. Kalau bukan kerana Allah, kita tak akan kuat.
Kalau niat kerana nak ambil hati upline, atau niat kerana downline, atau niat sebab nak duit, atau sebab nak kaya semata-mata, semua itu adalah makhluk.
Makhluk ni sifatnya rapuh. Makhluk sifatnya lemah.
Bila niat kita kerana Makhluk, kita mudah rapuh dan lemah.
Niatlah kerana Allah, kerana Dia pemilik universal, dan Dia Maha Kuat.
Bila kita niat kerana Allah, yang lemah akan jadi kuat.
#2: Doa
Ramai antara kita termasuk saya dulu ingat doa hanyalah apa yang kita sebut masa tadah tangan selepas solat.
Konsep itu salah sama sekali.
Doa sebenarnya adalah apa yang kita fikir, apa yang kita lihat, apa yang kita sebut atau cakap, apa yang kita rasa, apa yang kita tulis dan apa yang buat.
Semua itu adalah DOA.
Jadi kalau kita cakap dah berdoa sungguh-sungguh, cek balik, betul ke sungguh kita dah doa?
Doa yang merangkumi fikir, lihat, sebut, rasa, tulis dan buat.
Betul ke?
Allah tak zalim. Dia bagi kita apa yang kita doakan.
Kalau kita doa benda baik, baik lah kita dapat.
Tapi kalau kita doa benda negatif, walaupun sekadar terfikir, atau sekadar update status Facebook, maka negatif lah kita dapat.
#3: Impian
Tahukah kita, Allah sangat galakkan kita berimpian, kerana dari impian, kita akan tertolak untuk bekerja kuat.

Malah dalam Quran sendiri banyak cerita tentang impian, iaitu perihal syurga.
Kita tak tahu rupa syurga, bahkan tiada manusia pernah sampai, kecuali nabi.
Tapi Allah bagi gambaran supaya kita manusia lemah ini berimpian untuk masuk syurga Firdaus.
Allah cerita keadaan dan nikmat dalam syurga.
Dan Allah cerita macam mana nak masuk syurga.
Itu adalah impian.
Cukup rasanya 3 point setakat ni.
Untuk lebih input, boleh follow Facebook saya Khadeejah Hasmad.
Shaklee sebagai jambatan upgrade diri
Saya juga sangat mengalu-alukan anda untuk sertai group Shaklee bersama saya.
Saya tak janjikan bulan dan bintang.
Tapi saya janjikan jalan yang penuh excitement, adventurous, khas untuk anda yang sangat proaktif, independent dan suka belajar lebih dari apa yang di ajar.
Yang menariknya, Shaklee bersama saya adalah bisnes yang sentiasa bercambah dari segi ilmu, kita saling belajar antara satu sama lain.
Untuk sertai Shaklee, boleh hubungi saya di
Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Moga perkongsian ini bermanfaat buat anda 🙂
Alhamdulillah, moga apa yang dihajati tercapai dan semoga berjaya dalam perniagaan shaklee ni
Alhamdulillah, semoga ukhawah terjalin semakin kuat dan kita sama2 berjaya dunia akhirat.