Personal

Tudung Instant Tak Perlu Gosok

Setiap kali nak keluar rumah, mesti saya nak kena gosok tudung. Kadang bukan gosok sangat.

Tapi bila kita gantungkan sikit pun, akan ada renyuk di bahagian yang kita gantung.

Bila dengan 2 anak kecil yang sentiasa nak melekat, bertambah leceh dan makan masa.

Seringkali suami tanya, eh takde ke tudung yang tak perlu gosok.

Senang nak keluar, sarung je.

Dalam hati, saya kate, “I wish!”

Tak sangka, alhamdulillah semalam kami betul-betul bertemu dengan tudung yang langsung tak perlu gosok!

Say Goodbye Iron!
Say Goodbye Iron!

Alkisahnya..

Tudung asal saya dah menjadi sangat comot dek kerana melayan anak-anak makan di luar.

Tahu-tahu lah kalau budak-budak makan, selain baju mereka akan kotor, di pegangnya baju dan tudung maknya.

Kadang tangan tu dah pegang makanan, tiba-tiba nak peluk kita.

Sangat comot T_T

Dan saya pula nak hadiri kelas Blog dan SEO suami saya walaupun sekejap.

Percayalah, walaupun saya hadiri setiap kelas Blog dan SEO suami, pasti ada benda baru yang saya belajar pada kelas yang berlainan.

Alya Sarah Kuala Terengganu

Jadi saya pun mula Google butik Alya Sarah Kuala Terengganu.

Saya memang peminat Alya Sarah sebab tudungnya labuh dan banyak corak dan warna yang menarik.

Alya Sarah di Kuala Terengganu
Alya Sarah di Kuala Terengganu

Kain Tudung Berkualiti

Biasanya kain Alya Sarah berkualiti.

Buktinya, tudung-tudung Alya Sarah yang digigit-gigit oleh Maryam berulang kali, tetap nampak tiada kesan.

Kalau tudung biasa, mungkin dah nampak benang-benang tercabut atau nampak sedikit kesan gigitan.

Maryam kalau gigit bukan sekadar gigit, dia gigit dan tarik guna gigi sepenuh hati. Sabar aja la.

Ok sambung kisah di Alya Sarah.

Style Awning Baru

Belek belek tudung, berkenan dengan satu jenis tudung ni, Syria apa tah, lupa.

Awning kali ini nampak tak banyak pilihan, tapi not bad sebab mudah dibentuk.

Kami cuba dan pilih satu warna dan bayar di cashier. (ya saya memang jenis senang dan mudah decide semasa shopping :D)

Masa cashier lipat, saya tanyakan sekali cara urus tudung baru ini.

Cashier cakap, takyah gosok dan boleh basuh mesin, sambil dia lipat-lipat tudung tu.

Saya dah risau tengok masa dia lipat, ye ke takyah gosok.

Keesokan paginya..

Nak bersiap-siap untuk turun ke bilik training, saya pun buka lipatan tudung semalam.

Dan terkejut!!

Langsung tiada kedutan lipatan!

Sikit pun tiada!!

Ini sudah bagus 😀

Tak sangka dapat juga cari tudung yang tak payah gosok, instant tapi warna dan corak kekal menarik ^_^

^_^
Tak gosok langsung tau 😀

Itu kisah Alya Sarah di Kuala Terengganu. Menurut penjaga kedai, fesyen gitu adalah fesyen terbaru, style awning gitu dan tudung jenis gitu.

Jadi harapnya kat cawangan Shah Alam pun ada tudung yang konsepnya sama seperti ini 😀

Jom shopping tudung raya! 😀

Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp: 019 409 3457
Shaklee ID: 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *