Vitamin semasa mengandung adalah penting untuk tumbesaran anak
Set Hamil

Tujuh Vitamin Penting Untuk Ibu Hamil

Saya pasti semua ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Sebab itulah apabila hamil, ramai yang berhati-hati dan menjaga pemakanan masing-masing supaya kesihatan anak dalam kandungan terjaga. Memang tak dapat dinafikan, apa yang dimakan akan mempengaruhi tumbesaran bayi di dalam rahim di samping memastikan ibu yang mengandung terus sihat dan cergas.

Vitamin semasa mengandung adalah penting untuk tumbesaran anak

Memilih Vitamin Yang Terbaik Semasa Hamil

Sewaktu saya mengandungkan anak kedua saya, Maryam, saya tidak mengambil sebarang vitamin dari hospital ataupun klinik walaupun insuran saya cover. Bila tak ambil vitamin dari doktor, tak bermaksud saya abaikan langsung suplemen semasa saya mengandung tau 😉

Alhamdulillah untuk kehamilan kedua nih, saya memilih suplemen Shaklee kerana saya yakin ianya 100% semulajadi dan selamat untuk anak saya. Semua vitamin Shaklee dijamin bukan jenis sintetik, tiada pewarna apatah lagi perasa tiruan.

Bila saya katakan vitamin Shaklee adalah yang terbaik dan selamat, saya tak bermaksud vitamin yang diberikan oleh hospital mahupun klinik tidak selamat. Cuma ada perbezaan yang sangat ketara antara vitamin SEMULAJADI (iaitu Shaklee) dengan vitamin SINTETIK.

Boleh baca entri saya sebelum ini tentang jenis-jenis vitamin (semulajadi, organik dan sintetik).

Untuk ibu-ibu yang mengandung, saya ingin kongsikan 7 vitamin yang penting untuk anda dan peranan setiap satu secara ringkas. Semoga bermanfaat 🙂

Tujuh Vitamin Penting Untuk Ibu Mengandung

terdapat tujuh vitamin yang saya syorkan khas untuk ibu yang mengandung

1. Protein – ESP (Energizing Soy Protein)

ESP menyediakan bekalan protein yang bebas daripada lemak dan kolesterol. Protein sangat penting untuk pembentukan sel bayi di dalam kandungan. Sel-sel merupakan binaan asas badan yang akan bergabung dan membentuk organ, anggota badan dan seluruh sistem dalam tubuh.

Saya sangat titik beratkan pengambilan ESP seawal trimester pertama sebab masa inilah jantung bayi terbentuk. Kekurangan protein di peringkat awal kehamilan boleh menyebabkan kes jantung berlubang. Lagipun, pembentukan jantung yang sempurna penting kerana ianya akan mengepam darah ke seluruh badan si anak tersebut.

Untuk yang tak tau apa itu ESP, boleh baca entri saya sebelum ini tentang apa itu ESP dan kenapa ianya tersangatlah laku keras!

2. Multi-Vitamin – Vitalea (Iron Formulated Multi-Vitamin)

Multi-vitamin Shaklee dikenali sebagai Vitalea. Ia merupakan salah satu vitamin kegemaran saya. Ambil 2 biji di waktu pagi, insyaAllah bertenaga sepanjang hari.

Disebabkan Vitalea adalah iron formulated, iaitu diperkaya dengan zat besi, ia penting untuk memastikan kiraan hemoglobin (ataupun biasa doktor cakap ‘HB’) kita tinggi. HB penting kerana ia mengangkut oksigen di dalam darah. HB yang rendah biasanya akan membuatkan kita rasa lesu dan cepat penat.

3. B Complex

B Complex Shaklee terdiri daripada semua adik beradik Vitamin B, termasuk lah asid folik yang juga dikenali sebagai Vitamin B9. Vitamin B penting di ambil di awal kehamilan untuk mengelakkan risiko tulang belakang bayi tak sempurna ataupun bahasa perubatan dipanggil spina bifida.

4. Vitamin C

Kalau sebut sahaja Vitamin C, mesti majoriti kita terbayang-bayang buah oren dan sistem imunisasi badan. Betul tak? Vitamin C memang bagus untuk memastikan imun sistem si ibu mengandung kekal tip top.

Untuk bayi pula, Vitamin C penting untuk membantu penghasilan kolagen. Sebab apa kolagen penting? Kolagen nih diperlukan untuk pembentukan tulang rawan, otot dan sendi yang kuat di samping memastikan kulit, gusi dan tendon bayi sempurna.

5. Kalsium – Ostematrix

Ostematrix merupakan tablet yang mengandungi kalsium dan magnesium. Kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi yang kuat. Kalsium juga penting untuk memastikan ibu hamil tak sakit pinggang atau lenguh badan walaupun tengah sarat mengandung.

Magnesium di dalam Ostematrix penting kerana ia berfungsi untuk memastikan badan boleh menyerap kalsium secara optimum di samping turut membantu si ibu untuk mendapat tidur yang lebih lena dan mengelakkan sembelit semasa mengandung.

6. Omega Guard

Biasa dengar tentang khasiat minyak ikan? Haa, Omega Guard adalah ‘minyak ikan’ Shaklee. Tapi ia bukan calang-calang punya minyak ikan tau. Ia merupakan minyak ikan terbaik kerana…. Kenalah baca entri ‘5 Sebab Anda Perlu Memilih Omega Shaklee’ kalau nak tau 😉

Biasa kalau sebut minyak ikan, kita akan kaitkan dengan pertumbuhan otak bayi. Ya, Omega Guard sangat bagus untuk perkembangan otak bayi dan terbukti membantu bayi untuk lebih cepat responsif apabila lahir nanti. Pendek kata… Nak anak bijak, amalkan Omega Shaklee semasa mengandung dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

Satu lagi kelebihan Omega Guard yang tak ramai orang tau ialah untuk mengelakkan bayi daripada mewarisi penyakit alahan ibu bapanya. Contohnya, kalau ibu dan bapa bayi ada sejarah eczema, bila ibu amalkan Omega sewaktu mengandung, insya-Allah anak tersebut akan bebas eczema.

Oh, antara tips berguna untuk mudah bersalin ialah dengan mengamalkan Omega Guard sebab ia melembutkan ‘laluan keluar’ si bayi nanti.

7. Alfalfa

Alhamdulillah sewaktu Muhammad dilahirkan, bacaan kuningnya (jaundice) tak tinggi. Walaupun begitu, saya tetap ambil langkah pencegahan untuk kelahiran Maryam. Untuk mengelakkan jaundice, saya mengamalkan Alfalfa sebiji sehari di sewaktu kehamilan sudah memasuki minggu ke-32.

Alhamdulillah apabila Maryam lahir, memang takde langsung tanda kekuningan.

Ada juga kawan yang amalkan Alfalfa semasa pantang dan waktu tu anaknya kuning. Alhamdulillah sekejap jer lepas tu kuning anaknya berkurangan dan hilang terus.

Vitamin Shaklee Semasa Mengandung – Pengalaman Saya

Semasa mengandungkan Maryam, saya mengamalkan Set Kehamilan Shaklee sepenuhnya dan merasai perbezaan yang ketara
Baby Maryam Sewaktu Baru Dilahirkan – Sihat & Montel!

Untuk yang belum tau, anak kedua saya, Maryam, dilahirkan di rumah saya di Kerteh (aka homebirth). Memang rancang untuk dilahirkan di rumah tanpa campur tangan doktor. Bebas jaundice. Berat pun just nice, 3.15 kg dan sangat aktif.

Sepanjang mengandungkan Maryam, saya tak mengalami simptom-simptom macam masa mengandungkan anak pertama dulu (sakit pinggang, sembelit, cepat letih, etc.). Alhamdulillah saya rasa lebih cergas dan bertenaga, tiada masalah HB rendan atau masalah yang lain. Tidur malam pun terasa lebih nyenyak. Takde dah kejap pusing kiri, kejap pusing kanan sebab sakit pinggang atau lenguh badan.

Set Vitamin Terbaik Untuk Ibu Mengandung & Hamil

Saya mengucapkan tahniah sekiranya anda sedang mengandung! 🙂 Anak adalah anugerah terindah dan amanah dari Allah. Pastikan anda memberikan yang terbaik buat khalifah kecil anda 😉

Dapatkan set vitaman terbaik untuk ibu mengandung dengan menghubungi saya di nombor yang tertera di bawah. Dengan setiap belian dari saya, anda akan mendapat jadual makan yang lengkap dan terperinci berserta konsultasi berterusan.

admin-ajax.php
[contact-form-7 404 "Not Found"]

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *