Resipi

Udang Masak Mamak

Ni ala- ala masak kari tapi takda santan. Ganti ngan susu, pastu tambah sos tomato kasi manis. Pastu tambah bawang lagi kasi manis. Feveret nih!

Bahan- bahan:
Udang
1 sudu besar serbuk kari (takyah bancuh dengan air. Nanti masukkan je sesudu besar. Kalau nak rasa lebih kari, boleh letak 2 3 sudu)
1 cawan susu tepung/ susu segar (ni sebagai kuah. Jadi ikut suka nak letak banyak mana. Kalau sy suka kuah banyak, nanti last2 tu tambah sikit2 😉)
Sos tomato ikut suka hati
garam & gula

Bahan Tumis:
1 biji bawang besar, di dadu halus
1 inci halia, di dadu halus
3 bawang putih, di dadu halus
1 batang serai, diketuk

Cara:

  1. Gaul udang dgn serbuk kunyit, masak sampai separuh masak je. Ketepikan.
  2. Tumis bahan tumis hingga wangi.
  3. Masukkan kari daging. Kacau sebati
  4. Masukkan susu tepung/susu segar
  5. Masukkan sos tomato, garam dan gula
  6. Biar mendidih hingga kuah pekat
  7. Siap!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *