Umrah Atau Haji, Nak Pi Mana Satu Dulu?
Jujur saya kata, saya tak pernah ada impian untuk ke tanah suci.
Kadang pelik jugak, kenapa orang lain beria nak ke sana, tapi saya takde secalit pun rasa.
Walaupun mak apak saya dah pi haji masa saya habis SPM, masih takda rasa apa-apa.

Bagi saya, cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w saat kemuncak nya adalah apabila saya bertemu dengan kematian yang husnul khatimah.
Memang sejak sebelum kahwin lagi, itu cita-cita saya. Pelik memang pelik.
Tapi kalau kita tak meninggal dunia, macam mana kita nak jumpa kekasih teragung kita, betul betul?
Kemanisan solat bukan sekadar ada di tanah suci.
Sebab saya perhati ramai je pulang dari tanah suci tapi tak berubah apa pun.
Ia benda yang kita boleh cari dan praktik sampai jumpa, dan paling penting minta dari Allah.
Tapi kepulangan saya ke rumah mak hari tu, mengubah segala persepsi.
Cerita Bermula
Awal tahun 2015 saya dan suami dah pun memasang impian untuk buat Haji pada tahun 2016, dengan pakej Zahafiz yang offer 2 bilik seorang.
Sebenarnya suami saya nak kami buat umrah sebelum haji, tapi saya yang tak nak.
2015 tak dapat buat haji sebab bulan September di jangka saya melahirkan cahaya mata ketiga kami 🙂
Jadi, ok simpan impian 2016.
Tiba-tiba satu malam ni, suami saya download sebuah video Nasyid untuk anak-anak saya, boring agaknya diorang ni asyik tengok upin ipin.
Nasyid tersebut adalah video ni
[youtube id=”QANWYiBeokM” width=”600″ height=”340″ position=”center”]
Tahu apa reaksi saya masa join anak saya dengar?
Menderu-deru air mata saya keluar, tak tertahan-tahan…
Terasa kerinduan sangat kepada baginda Rasulullah s.a.w
Terbayang-bayang gambar pintu makam Rasulullah s.a.w yang apak saya pernah kongsikan semasa mereka buat Umrah tahun lepas.
Bila saya teringat pintu makam tersebut, saya yang hanya lihat gambar pun dah terasa sangat dekat.
Rasa nak buka pintu dan nak gali makam tersebut, nak tatap wajah suci baginda Muhammad s.a.w
Ooops, kalau ada gerakan yang nak korek makam Nabi Muhammad s.a.w lepas ni, bukan kerja ai ye. Ai tak nak kena tangkap 😛
Tapi waktu tu saya fikir, 2016, jauh lagi. Ada possibility ke nak buat haji masa terdekat. Pulak tu hati saya belum terbuka untuk buat umrah sebelum haji.
Lepas tu masa baca buku 21 Formula Hidup Luar Biasa, boleh beli kat FATC Onpay 😉

Saya baca bab “The Power of Serah”.
Allahuakbar…
Banyak kisah tentang di tanah suci. Begitu terperinci Ustaz Asraff Ayob cerita, sampai saya boleh bayangkan.
Sekali lagi, ada cerita tentang pintu makam Rasulullah s.a.w dan Raudhah.
Tapi, masih lagi belum terdetik untuk buat umrah, sebab agaknya dah tutup hati rapat-rapat untuk tak buat umrah sebelum haji.
Sehingga lah detik saya balik rumah mak.
Saya ada janji kat mak, kalau kami berjaya dapat profit sekian sekian, saya akan bagi RM 2,000 kat mak.
Dan masa saya balik tu, saya tunaikan janji saya, mak saya terkejut!
Mak tanya, “Betul ke ko dapat tu?”
Huhu.
Segalanya pun atas izin Allah, dan atas pemberian Allah.
Alhamdulillah.
Pastu borak punya borak, mak cakap, kalau ikutkan, ko ni dah boleh pi umrah. Bila nak pi?
Err, masa tu saya cakap, nak pi haji dulu.
Lepas tu mak pun bagi nasihat panjang lebar.
Agaknya sebab mak adalah mak saya, maka mak tahu ‘hot button’ saya, apa yang saya cari selama ni, apa yang saya betul-betul mahu, walaupun ai tak cerita pun kat mak.
Takde adegan sentap ye kat sini.
No such thing as “Kalau pi umrah, nak pi haji senang nak navigate.” Mak tak sebut pun benda ni.
Benda teknikal gini doesnt appeal to me, sebabnya kan banyak cerita magic yang orang boleh buat Haji tanpa kesusahan.
No such thing as “Tanah suci jadi kena priority.” Ni pun mak tak sebut.
Dalam masa mak nasihat, bulan May aje lah terlintas di kepala.
Sebab bulan lain semua dah ada agenda masing-masing.
Oh, ofkos ai ada tanya tips pasal pintu makam Rasulullah s.a.w dan Raudhah 🙂

Umrah atau Haji, nak pi mana satu dulu?
Tanya lah Allah. Dia akan guide kita.
Dia yang guide rasa hati saya, Dia yang guide kami untuk decide bila, Dia juga yang buka kan hati saya yang tertutup ini, untuk ziarah tanah suci.
Bab duit dan kelapangan masa, kita serah sepenuhnya pada Dia, kemudian usaha sehabis baik.
Sebelum usaha- Serah! Semasa usaha- Serah! Selepas usaha- Serah!
Allah yang paling tahu perancangan terbaik.
Apa pun, selagi belum sampai, tak boleh nak kata apa sangat.
Mohon doakan segala urusan kami di permudahkan, mendapat bantuan dan sokongan Allah, mendapat rahmat dan kecintaan dari- Nya ^_^
Link untuk beli buku DAO tuk not found harap saudari betulkan dan inform saya semula sebab saya nak beli buku tu. Terima kasih
Terima kasih ya kerana maklumkan. Tuan boleh buat belian di link http://fatc.onpay.my/order/form/hlb
Kalau kita nakkan sesuatu, kita kena ucap selalu. Nak pegi umrah, kena ucap selalu. Nak pegi haji pun kena ucap selalu. Ucapan tu macam doa. Insyallah akan tercapai impian tu. Pengalaman saya sendiri la, dua tahun lepas, memang ada impian nak buat umrah, tapi duit macam ada tak ada je. Alhamdulillah, bila selalu kita ucap, Allah bagi rezeki.. Entah dari mana-mana datang duit tu. Bulan 3 tahun lepas Allah tunaikan impian tersebut.
the power of serah..buku 21 tu bnyk sngt mendidik hati..selama ni rasa mcm dh terjaga tpi rupanya masih tertidur..tersentak dek isi kandungan buku tu
Baca buku dao ni air mata sy bergenang msa baca the power of serah..terbayang pglmn p umrah lepas..mmg teringin nak g lagi dan lagi
Allah dah bukakan hati untuk melawat rumahNya lebih awal. Moga selamat pergi dan kembali. InsyaAllah, Disember ini giliran saya dan suami pula. InsyaALlah.
terima kasih kerana menulis dan berkongsi…pachik sangat suka gaya penulisan Khadeejah…