Family Diary

Unlocking Maryam Mengaji

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya unlock cara buat Maryam nak mengaji sekurang-kurangnya lebih dari 2 muka surat sehari.

Maryam ada cabaran fokus.

Saya mulakan dengan buku Iqra’ sebab Muhammad dulu pun belajar mudah dengan buku Iqra’

Tapi sesungguhnya setiap anak adalah berbeza.

Buku Iqra’ agak membosankan buat Maryam. Dia cepat hilang minat mungkin sebab pengulangan yang kerap dan dia tak nampak apa kegunaan mula baca A Ba.

Puteri sulung kami

Cerita panjang di pendekkan, akhirnya saya cuba kenalkan Al-furqan Buku 1.

Wahhh!!

Tak sangka cepat Maryam tangkap siap boleh ingat.

Kaitkan Dengan Keluarga

Dia mudah ingat sebab saya kaitkan dengan keluarga.

Contohnya permulaan Al-furqan kenal suku kata ‘Ma’ terlebih dahulu.

Jadi saya sebut lah ni ‘Mama Anas’ iaitu adik saya, makcik kepada Maryam.

Atau ‘Mama Hisham’, adik saya juga. Atau ‘Mama Ateh’, pun adik saya.

Adik-beradik saya semua bahasakan diri mereka sebagai Mama kepada anak-anak masing-masing.

Jadi mudah lah buat saya.

Kemudian suku kata ‘Ba’ menjadi ‘Baba. Saya sebut ni ‘Baba Hisham’ merujuk kepada adik ipar saya yang bahasakan dirinya sebagai Baba.

Untuk suku kata ‘Na’ menjadi ‘Nana’ lagi lah mudah sebab anak saya panggil nenek mereka sebagai ‘Nana’

Alhamdulillah hari pertama saja dah sampai muka surat ke-8.

Cuma suku kata ‘Wa’ belum saya kenalkan sebab nak print gambar budak menangis berbunyi ‘Wawa’

Similar Posts

2 Comments

  1. Memang setiap anak tak sama cara mereka belajar. Bagus tips ni. Memang anak-anak akan cepat ingat kalau kita bagi persamaan bunyi huruf tu dengan apa yang ada disekeliling kita…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *