Untouched Tusan Beach, Miri

Di Miri, pantai di sepanjang Bekenu adalah cantik-cantik. Bekenu adalah on the way ke Bintulu. Miri ke Bintulu dalam 2 jam drive.Salah satu pantai yang cantik di sepanjang Bekenu adalah Pantai Tusan. Pantai Tusan ini bersih tiada sampah sarap/ hasil tinggalan pengunjung.

2 attractions Pantai Tusan adalah tebing berbentuk kepala kuda yang sedang minum air laut (tu kat belakang saya) dan alga berwarna biru (adik saya yang menetap di Miri cakap ada musim dia)

Cara untuk ke Pantai Tusan ini adalah dengan menggunakan Waze. Kira-kira 30-40 minit dari bandar Miri.

Sesampai di sini, kita akan berhenti di atas tebing dan hesitant, nak turun ke tidak dengan anak-anak.

Alhamdulillah adik-beradik & adik ipar jenis adventurous, jadi bila diorang dah turun, kitorang pun join sama. Haha. Bawa geng yang adventurous sekali baru syok.

Tebing bentuk kepala kuda ada di belah kiri selepas turun.

Aktiviti di sini hanya main air pantai dan explore pelbagai rupa bentuk gua mini yang terhasil akibat dihempas ombak.

Memang cantik sebab tak ramai orang – masa tu kami saja; dan langsung tiada sampah sarap.

Masa kami pergi dalam jam 10+ pagi, air kejap pasang kejap surut. Tak study pula. But alhamdulillah clear sky.

Waktu ini tak berani lebih dekat sebab masa ini air dah macam pasang. Kalau air pasang, kawasan pantai ini memang bertutup dengan air, tinggal tebing je.

P.s : Kalau tak nak cepat pancit dan mengah, cuba amalkan 10,000 langkah sehari. Saya ini memang jenis cepat pancit dan tercungap-cungap.

Tapi Alhamdulillah saya naik tebing di sini tak rasa mengah walaupun boba baby yang agak berat.

#deejatravelstories

2 Comments

  1. Zaleha Abdul Salam 10 August 2017
    • Khadeejah 14 August 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares