Vision Board 2018 : Yang Pertama & Kisah Disebaliknya

Hmm kalau serius sangat, hilang idea pula nak update blog. Jom lah saya update something hari ini.

Baru-baru ini kami hantar rombongan mertua ke Umrah. Proudly fully sponsored by us, suami isteri. Huhu. Dah tentu lah Biiznillah.

Dan since then ada banyak lah tiba-tiba lalu di newsfeed Facebook saya yang kawan-kawan lain pun pergi Umrah.

I wasn’t the one yang sangat look forward for Umrah. Iceland or Greenland? Yes. But not Umrah.

Mungkin juga saya skeptik bila menyaksikan rata-rata yang saya kenal balik dari Tanah Suci sama je macam nothing special happened ย (if you know what I mean) But my parents are exception lah. Diorang ni saya selalu nampak murah betul rezeki.

Ok long story cut short, entah kenapa, saya sebak bila baca update dari seorang kawan saya yang saya panggil Kaklong Nuzula.

Biasanya kalau kita bagitau orang kita dah jejak pelbagai negara tapi Tanah Suci belum pernah jejak, hmm, sediakan hati untuk terima kutukan. Tapi Kaklong Nuzula tak begitu. Peribadi Nabi Muhammad s.a.w yang sentiasa meraikan. Terima kasih Kaklong untuk inspirasi ini โค๏ธ

Saya tahu kisah beliau, perit getir hidup beliau terutamanya hidup menjadi ibu tunggal. Saya sentiasa kagum dengan beliau yang mampu bangkit setelah kisah hitam dan bangkit bukan sebarang bangkit; tapi bangkit bergaya.

Bukan semua orang boleh jadi macam Kaklong Nuzula ni.

Biasanya status beliau memang sangat humble.

Jom saya share screenshot status Kaklong yang membuatkan saya sangat terasa… sebak, speechless; dan akhirnya membuak-buak rasa nak Umrah.

Allahuakbar… Sebak dan speechless..

Nak sangat perasaan sebegini..

Subhanallah..

Ok membuak itu normal. Tapi mengusahakannya itu luar biasa.

Entah kenapa saya cari bersungguh jika ada agensi ย yang boleh guide hanya family kami sahaja.

Kalau check website Andalusia; hmm flight penuh sampai bulan Februari. Saya pula ada kekangan pregnancy, bulan March rasanya tak boleh fly.

Bukan mudah nak mencari yang ikut taste kita rupa-rupanya. Tapi Allah pertemukan juga ๐Ÿ˜ญ

So, this is my first Vision Board. Alhamdulillah deposit dah bayar.

We agreed to sponsor mak apak sekali. Lagipun nanti mak apak juga yang terpaksa susah payah bersama layan ragam anak-anak kami, macam vacations sebelum-sebelum ini. Rasa bersalah tau, tapi Alhamdulillah mak apak cool sokmo.

Ini nak kena minta dengan Allah for the rest of the payment due the end of this month.

Merah mata baca. Allahuakbar! Sebak. P.s : Ini adalah adik Kaklong Nuzula yang pergi bersama beliau baru-baru ini.

Sesiapa kengkawan yang baca entry ini, saja nak kongsi, kami juga seperti orang lain, bila ada impian, kami struggle.

Right now, we don’t have that much amount. Seriously. Siap gelak lah kami suami isteri fikir apa kita nak buat ni ๐Ÿ˜‚

But sebab kita pegang pada kalau kita cuba usaha juga, Allah ada. Allah nak tengok kita ni bersungguh nak atau lepak malas cakap je nak kat mulut, usaha takde habuk pun.

Kawan-kawan,

Mohon doakan ya agar impian ini menjadi kenyataan. Dimudahkan dari segala segi; kewangan, kesihatan, kecergasan, everything.

Nak sangat rasa apa yang Kaklong Nuzula rasa. Nak sangat rasa apa yang mak apak selalu sebut-sebut. Nak sangat juga belanja mak apak ke Tanah Suci.

Till then, thanks for reading!

Deeja Hasmad

P.s : Kalau Kaklong Nuzula & Cikda baca, di doakan moga melimpah-ruah rezeki kalian dan keturunan kalian. Asbab kalian lah, pintu hati yang keras ini menjadi lembut dan bersungguh mahu ke sana.

2 Comments

  1. Thenewsia 21 December 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares