Vitamin C

Vitamin C Elak Ketuban Pecah Awal Untuk Ibu Mengandung

Salah satu Vitamin Ibu Mengandung yang tak boleh skip adalah Vitamin C.  Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, sebab tu kita perlu dapatkan ianya dari makanan atau supplement.

Tapi Vitamin C ini sangat sensitif. Ianya cepat musnah apabila terdedah kepada oksigen, haba dan cahaya. Contohnya sayur-sayuran yang mengandungi akan hilang kebanyakan potensi Vitamin apabila dipotong, di basuh dan di masak. Begitu juga dengan jus buah seperti jus oren, jus mangga.
image

Sebaiknya kalau nak dapatkan Vitamin C yang belum terjejas, makan sayur mentah atau buah yang belum di proses. Paling mudah, dapatkan Vitamin C dalam bentuk supplement.

Shaklee menyediakan supplement Vitamin C dalam bentuk Sustained Release Vitamin C

Berikut saya kongsikan 4 kepentingan Vitamin C Untuk Ibu mengandung dan bayi dalam rahim:

#1: Pembentukan kolagen

Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen. Kolagen pula penting untuk pembentukan struktur tulang rawan,  otot dan tulang bayi. Kolagen juga bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan kulit, gusi dan tendon bayi yang sedang terbentuk.

#2: Perkuat sistem imun

Ascorbic Acid yang terdapat dalam Vitamin C membantu merangsang antibodi yang melawan virus dan jangkitan kuman dalam tubuh ibu mengandung. Kalau ibu mengandung rasa tak sihat, boleh lah ambil Vitamin C Sustained Release, patah dua dan telan bersama air masak.

Vitamin C memerlukan air yang banyak untuk larut dalam tubuh

#3: Perkembangan Otak

Menurut kajian pihak University of Copenhagen, kekurangan Vitamin C akan merencatkan pertumbuhan otak bayi di bahagian hippocampus.

Bahagian ini sangat kritikal sebagai pusat daya ingatan.

#4: Mengelak Pecah Ketuban

Tips untuk mengelakkan air ketuban pecah pra-matang,  amalkan Vitamin C sepanjang kehamilan. Jika pun ketuban telah pecah pada bulan ke -7, anda masih boleh makan Vitamin C, ia akan seal semula kebocoran kantung bayi.

Rujuk:
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/15817864/
http://birthbliss.wordpress.com/2008/09/11/vitamin-c-and-keeping-membranes-intact/

Tips Memilih supplement Vitamin C

Ada banyak Vitamin C dari pelbagai jenis jenama. Bagaimana nak pastikan kita pilih jenama yang terbaik?

Semulajadi

Pastikan Vitamin yang kita pilih adalah semulajadi. Cara untuk ketahui sama ada ia semulajadi ialah, tiada silika gel dalam botol Vitamin tersebut. Vitamin semulajadi tak perlukan silika gel untuk mengekalkan kesegarannya.

Tapi Vitamin sintesis sangat perlukan silika gel sebab takut elemen luar mudah merosakkan bahan kimia yang menjadi bahan utama buat Vitamin tersebut.

Jemput baca entry saya Bagus Sangat Ke Shaklee? untuk ketahui lebih lanjut tentang beza Vitamin semulajadi,  vitamin organik dan vitamin sintetik

Bioflavonoid

Vitamin C memerlukan bioflavonoid,  iaitu sejenis elemen yang meningkatkan kadar tubuh menyerap khasiat Vitamin C. Biasanya bioflavonoid ini terdapat pada kulit buah yang bersitrus, seperti kulit buah oren.
image
Tapi kalau tak nak makan kulit buah oren, boleh lah ambil Vitamin C Sustained Release Shaklee. Ia mengandungi 120 mg bioflavonoid.

Bioflavonoid ni jugak penting untuk mengelakkan Vitamin C dari rosak disebabkan oksigen (terma saintifik untuk teroksida)

Pelepasan berperingkat

Pastikan Vitamin C kita melepaskan khasiat Vitamin C secara berperingkat. Ini penting untuk memastikan organ tidak cepat rosak dek kerana terlalu banyak Vitamin C pada satu-satu masa

Dapatkan Vitamin C anda sekarang!

Hubungi saya untuk order:
Khadeejah Hasmad
SMS/Whatsapp/Call: 019-477 3457
Email: [email protected]
Shaklee ID: 858755

Sumber: http://www.welcomebabyhome.com/pregnancy/vitamin_c_during_pregnancy.htm

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *