Mengenali Gunung Berapi : Aktiviti Bersama Anak

Semasa jalan-jalan di Tasik Toya (Lake Toya) dan Jigokudani, Noboribetsu – di Hokkaido, Jepun; anak-anak kami kerap bertanya, kenapa Jepun banyak sangat gunung berapi.

Kenapa Malaysia tiada?

Jawapannya ada dalam salah satu video di pergunungan Usu – Jepun adalah salah satu negara yang terletak dalam ‘Pacific Ring of Fire’

Sebab itu, bukan hak kita nak kata negara itu ini sering kena gempa dan meletus gunung berapi sebab balasan Tuhan.

Dah Allah cipta negara mereka dekat dalam ‘ring of fire’, memang lah akan kena. Kalau Allah cipta negara kita dalam ‘ring of fire’, ha macam mana reaksi kita pula.

Banyak yang anak-anak kami dan kami sendiri belajar dari percutian kami di Tasik Toya dan Noboribetsu, kawasan gunung berapi yang strata aktif.

Kami suka sangat-sangat sebab asap dari perut bumi tak henti-henti keluar. Subhanallah sangat-sangat-sangat.

Antaranya yang kami pelajari adalah, cabaran yang Allah bagi bukan untuk menjatuhkan kita. Tapi sebagai kunci kepada rezeki yang lebih besar.

Macam Jepun sebagai contoh, gunung berapi di kawasan Tasik Toya meletus setiap beberapa puluh tahun.

Tapi setiap letusan akan menghasilkan rupa muka bumi yang sangat-sangat cantik. Dan ini lah yang menarik pelancong datang dari serata dunia.

Cuma di pihak mereka, ‘to co-exist with nature’ mereka bukan berserah pada takdir, tapi mereka belajar macam mana nak kurangkan kehilangan nyawa semasa letusan.

Haa semua itu saya ceritakan pada anak-anak.

Kalau gunung berapi ini tiada atau tak meletus, kita pun tak datang, pelancong yang berbas-bas ini pun tak akan datang tempat ini. Kita semua datang sebab nak tengok tinggalan gunung berapi yang Allah cipta sangat-sangat cantik.

Masalah datang bukan untuk menyusahkan kita.

Tapi kalau kita fikir dalam-dalam dan mula ambil tindakan, masalah yang sama sebenarnya akan datangkan pelbagai rahmat buat kita.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares