Wajib Baca 5 Makanan Untuk Menurunkan Kolesterol
Kolesterol penting untuk membina struktur membran sel, menghasilkan hormon seperti estrogen, testosterone dan hormon adrenal.
Kolesterol juga membantu metabolisma berfungsi dengan efektif, sebagai contoh untuk bantu tubuh kita hasilkan Vitamin D dan asid hempedu yang membantu tubuh untuk menghadam lemak dan menyerap nutrisi penting.
Jadi, kenapa selalu kita dengar kolesterol tak bagus untuk kesihatan?
Baca lanjut di bawah.
Jenis Kolesterol
Terdapat 2 jenis kolesterol yang utama – Kolesterol HDL iaitu kolesterol baik dan Kolesterol LDL iaitu kolesterol jahat.
Kolesterol yang dikatakan tak bagus untuk kesihatan merujuk kepada Kolesterol LDL.
Kolesterol LDL perlu sentiasa di bawah paras 130 mg/dL untuk mengelakkan risiko salur darah tersumbat yang seterusnya menyebabkan penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, dan stroke.
5 Makanan Untuk Menurunkan Kolesterol LDL
Kadar bacaan kolesterol LDL boleh diturunkan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat.
Antara 5 makanan yang membantu menurunkan bacaan kolesterol LDL termasuklah:
Oatmeal dan makanan berserat
Oatmeal mengandungi serat larut yang mengurangkan kadar LDL atau dikenali sebagai kolesterol jahat.
Serat larut mengurangkan penyerapan kolesterol ke dalam salur darah.
Ikan dan asid lemak Omega-3
Asid lemak Omega-3 membantu mengurangkan tekanan darah sekaligus mengurangkan risiko darah beku.
Ikan sebaiknya di grill atau di bakar di dalam ketuhar untuk mengelakkan lemak ikan yang kurang sihat.
[alert-success]Omega Guard mengandungi Omega-3 yag telah disuling melalui penyulingan 3 peringkat dan boleh di ambil untuk meningkatkan pengambilan Omega-3 dalam diet harian.[/alert-success]
Kekacang
Kekacang seperti walnut, kacang almond dan kekacang lain membantu untuk menurunkan kolesterol. Kekacang kaya dengan asid lemak tidak tepu yang membantu memastikan salur darah kekal sihat.
Pastikan kekacang tidak di salut dengan garam atau gula.
Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandungi anti-oksidan yang membantu menurunkan bacaan kolesterol LDL di samping memastikan kolesterol HDL tidak terganggu.
Minyak zaitun yang terbaik adalah ‘Extra Virgin Olive Oil’ yang tidak melalui terlalu banyak proses dan mengandungi lebih banyak anti oksidan.
Vitamin E juga sangat kaya dengan anti-oksidan
Makanan Kaya Sterol
Sterol adalah sejenis elemen di dalam tumbuhan yang menghalang kolesterol daripada di serap ke dalam salur darah, dan seterusnya membuang kolesterol dan lemak dari makanan yang kita makan.
Antara makanan yang seringkali ditemui ditambah dengan sterol termasuklah jus oren, air yogurt dan marjerin.
Phytocol mengandungi Fitosterol dari tumbuhan yang telah terbukti berjaya menurunkan bacaan kolesterol.

Walaupun makanan di atas membantu menurunkan kolesterol, anda juga perlu pastikan pengambilan makanan di atas berpada-pada dan tidak melebihi had yang ditetapkan.
Sebagai contoh, kekacang memang bagus. Namun kekacang juga mempunyai bacaan kalori yang tinggi.
Set Untuk Menurunkan Bacaan Kolesterol
Jika anda berminat untuk dapatkan Set Turunkan Kolesterol yang terdiri dari Omega Guard & Phytocol, harga satu set adalah RM 343 untuk kegunaan sebulan.
Hubungi saya untuk order:
Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755
cantik-cantik gambar makanan ni.. rasa lapar tiba-tiba.. hihihi… memang info yang bagus untuk sapa yang nak turunkan berat badan..