Living in Japan

Waktu Solat Autumn Di Tokyo

Untuk cari waktu solat, anda hanya perlu type di Google : Prayer time Japan.

Kalau sedang travel negara lain, gantikan Japan dengan nama negara tu.

Klik kat mana-mana website yang dicadangkan.

Nanti keluar lah, tadaa!

image

Tengok tu, waktu Zohor lebih kurang 11.30 pagi.

Asar pukul 2.

Maghrib pukul 4.30.

Dekat-dekat jaraknya.

Nak batalkan wudhuk pun, rasa sayang.

Fikir balik, ini adalah sebuah rahmat untuk kita di musim sejuk.

Sebab boleh je nak jaga wudhuk dalam masa Asar ke Maghrib sebab dalam lebih kurang 2 jam je beza, kan?

Takde lah sejuk beku nak ambil wudhuk.

Lagi satu, masa ini lah nak menghayati erti wudhuk itu sendiri. Hihi.

Wudhuk adalah meratakan air di anggota badan tertentu.

Bukan membasuh anggota badan tertentu tau.

Kalau basuh, kita memang akan perlu guna air yang banyak.

Tapi kalau sekadar meratakan, kita ambil secoet air, dan sapu kasi rata pada anggota badan wudhuk.

Tak perlu basuh.

Jadi, takda lah isu beku sangat masa nak ambil wudhuk masa musim sejuk.

Beku kejap je lah, tapi tak lah seksa macam kena basuh tangan hingga ke siku, guna air.

Huhuhuhu.

Islam itu memang indah.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *