Waktu Terbaik Pam Susu

Antara waktu pam susu yang terbaik adalah waktu tengah malam atau sebelum subuh. Sebab masa tu kita pun dalam keadaan tenang, relax, tak rushing untuk apa-apa. Bila tenang je, susu pun mudah nak flow 🙂

 

Waktu lain bagus untuk pam susu termasuk lah:

1. Pam susu sewaktu anak sedang menyusu.

Kaedah ni turut dipanggil tanderm nursing. Bila anak menyusu belah kanan, kita pam belah kiri. Sebabnya bila anak menyusu, bukan sebelah payudara saja terangsang untuk hasilkan susu, tapi kedua-dua belah. Jadi untuk tidak membazir, elok lah kita pam sebelah lagi satu tu. Biasanya boleh di amalkan sebelum kita ke tempat kerja (bagi ibu bekerja)
20130515-023438.jpg

2. Pam selepas anak selesai menyusu

Bayi ni kadang menyusu asal takat kenyang je. Bila perut dah penuh, dia pun akan lepaskan payudara. Tapi tahukah anda kalau payudara tak betul- betul kosong, maka susu pun takkan berapa meriah. Jadi untuk pastikan payudara betul-betul kosong, lepas anak menyusu, kita pam. Kalau anak menyusu belah kanan, bila dia lepaskan, kita pam belah kanan tu dalam 5-10 minit.

Bila payudara betul-betul kosong, baru tubuh dapat signal untuk cepat-cepat refill (isi semula) payudara.

3. Pam di waktu tengah malam atau sebelum subuh

Waktu-waktu ni merupakan waktu kita rehat, tenang, takda kekecohan nak buat itu ini. Sambil baca buku, lunjurkan kaki, nikmati ‘me time’ sambil pam susu 🙂

Apa- apa pun, untuk nak dapatkan susu yang meriah, pam yang kerap itu wajib. Lagi kerap lagi bagus. Sekerap mana? Sekerap setiap 2 atau 3 jam sekali.

Bila kita pam, kita bagi signal kepada tubuh untuk hasilkan susu. Lagi banyak kali kita pam, lagi kerap badan dapat signal, lagi banyak susu yang dapat dihasilkan 🙂

P.s : Berminat Dapatkan Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee telah membantu merangsang penghasilan susu yang meriah dan pekat untuk ramai ibu menyusu.

Kalau nak kekal bertenaga masa pam susu, memang set ini lah yang terbaik. Ia turut membantu saya secara peribadi untuk bertenaga dan cergas walaupun aktif menyusukan anak.

Untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee, anda boleh terus hubungi saya di :

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/Whatsapp : 019 477 3457
(Atau klik terus untuk Whatsapp : www.wasap.my/60194773457)
Shaklee ID : 858755

2 Comments

  1. Aimi 7 October 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares