Uncategorized

‘Winter’ di East Coast

Bermula dgn berita kebanjiran kat Kuantan, bandar tuh, bukan kawasan pedalaman. Hotel Zenith tenggelam kat basement parking. Menurut kata hubby, shopping complex pun naik air.

Kuantan
The Zenith Hotel

Then dengar air naik kat Bukit Mentok, Kemaman. Ada cakap rumah jiran sampai tenggelam katil. Then dengar air naik kat Chukai, Kemaman pulak.

Kemaman
Tenggelam Kereta T____T

Then dengar empangan kat Dungun akan dibuka sikit-sikit untuk elakkan empangan pecah, jadi macam confirm Dungun akan naik air pulak.

Kerteh? Takat ni belum naik Alhamdulillah. Biasa dengar pun naik kat Rantau Bukit, sebab sebelah tu ada bukit, air dari bukit turun ke kawasan perumahan. Rantau Laut selamat biasanya sebab air terus mengalir ke laut.

Dan subhanallah syukur ya Allah sangat2. The night we head off to KL from Kerteh, was the night Chukai naik air sebenarnya. Allahu subhanallah, perjalanan kami lancar. Kitorg bertolak dlm 8 malam. Tak hujan, jalan lengang, just berlubang2. Rupa-rupanya pukul 9 malam pada malam yang sama, air dah mula naik kat Kemaman, jalan dah kena tutup, tak leh lalu dah. Subhanallah. Ni tak sure boleh ke tak balik Kerteh nanti ni.

Harapnya kengkawan yg di landa musibah banjir, dapat bertabah. Tak dpt nak bayang lah perasaan rumah kita masuk banjir. Mesti byk brg rosak. Ni pun saye dok terpikir- pikir cemane lah kalau tetibe air naik kat kawasan rumah saye. Walaupun takda history, dan kawasan tu kira selamat, tapi bila orang sekeliling kena, mesti tetap kita risau kan…

Jadi kengkawan, musim tengkujuh ni takyah la pi pantai timur. Huhu. Tunggu reda semua nya. Hujan lebat mmg turun macam cats and dogs, tak henti-henti. Sampai kan tidur tak bukak kipas langsung. Sejukkkk. Macam winter lak. Tapi bukan winter

Moga Allah ringankan beban kawan2 yg di uji dengan rumah masuk banjir. Ameeen..

*gambar sume credit kat Group Timuran 😛

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *