Breastfeeding Tips

Zat Susu Ibu ‘Tailored’ Mengikut Keperluan Bayi Waktu Itu

Setiap individu mempunyai tubuh yang berbeza, dan oleh sebab itu setiap individu mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza. 

Begitu juga dengan bayi. Tidak semua bayi adalah sama. Bahkan anak-anak kita walaupun semua dilahirkan oleh kita, keperluan nutrisi mereka berbeza mengikut badan mereka. 

Susu ibu sangat terbaik untuk bayi kerana ia memberi nutrisi mengikut keperluan bayi pada waktu itu. 

Sebagai contoh, jika cuaca panas, susu ibu akan menjadi lebih cair berbanding biasa kerana ia mengandungi lebih banyak air untuk menyejukkan badan bayi dan mempunyai lebih banyak vitamin agar bayi kekal sihat. 

Jika cuaca sejuk, susu ibu akan menjadi lebih pekat. 

Susu pekat ini kaya dengan lemak dan protein dan bertujuan untuk membantu memanaskan tubuh bayi di waktu cuaca sejuk. 

Bayi yang dijangkiti demam, selsema atau batuk sangat memerlukan susu ibu yang penuh vitamin untuk menguatkan sistem imun bayi untuk melawan bakteria. 

Jika bayi demam, ibu hanya perlu tingkatkan pengambilan vitamin C dan kerapkan penyusuan bayi.

Bayi memerlukan khasiat dari vitamin C dan bayi tahu sendiri, untuk cepat sihat, dia memerlukan lebih banyak air dari biasa. 

Jika bayi batuk, bayi lebih memerlukan susu ibu kerana susu ibu akan melegakan gatal di tekak bayi. 

Kebiasaannya bayi yang tidak sihat akan lebih kerap menyusu berbanding waktu biasa. 

Nutrisi di dalam susu ibu

Susu ibu mengandungi pelbagai nutrisi yang semulajadi. 

Oleh kerana ia semulajadi, perut bayi lebih mudah menyerap nutrisi ini. 

Antara nutrisi di dalam susu ibu termasuklah:

1) Air

2) Protein – protein sangat penting untuk membantu pembentukan sel-sel badan bayi yang sihat dan kuat. 

3) Lemak sihat – Lemak membantu perkembangan mata yang sihat, otot dan sendi bayi yang kuat

4) Karbohidrat – Pembekal tenaga kepada bayi untuk bergerak cergas dan membantu bayi berfikir dengan lebih kritis dan kreatif 

Hakikatnya, nutrisi di dalam susu ibu adalah teramat banyak. 

Saya kongsikam gambar rajah di bawah sebagai rujukan. 

Pun begitu, tidak sesekali saya memburukkan susu formula. 

Gambar rajah di bawah hanya sebagai penguat motivasi ibu-ibu untuk meneruskan penyusuan bayi 🙂 

Komponen bukan nutrisi di dalam susu ibu

Komponen bukan nutrisi ini membantu perkembangan bayi, melindungi bayi dari jangkitan kuman, dan membantu perkembangan sistem imun bayi. 

Komponen bukan nutrisi ini adalah seperti gambar rajah berikut:

5 komponen di atas menunjukkan betapa susu ibu dicipta untuk memastikan bayi kekal sihat dan memastikan sistem imun bayi sentiasa ‘up-to-date’  

Satu aspek penting adalah, semua komponen di dalam susu ibu di atas adalah semulajadi. 

Ia dihasilkan oleh tubuh ibu, bukan melalui beberapa siri proses bahan kimia. 

Apabila ia semulajadi, komponen ini lebih mudah diserap oleh tubuh bayi dan tidak mendatangkan kesan jangka panjang. 

Berbangga lah ibu yang menyusukan anak anda dengan susu ibu 🙂 

Buat ibu yang belum berjaya dengan penyusuan susu ibu, usah berasa kecewa. 

Kita sentiasa boleh mencuba lagi dan lagi. 

2 Asas Penyusuan 

2 perkara penting untuk menjayakan penyusuan:

1) Perah susu dengan kerap setiap 2 jam sekali

2) Pastikan diri kita minum air masak yang banyak dan pastikan pemakanan kita sendiri mengikut piramid makanan dan penuh nutrisi. 

Semoga entry ini bermanfaat untuk anda 🙂 

Nota: Jika anda berminat untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee untuk membantu perjalanan penyusuan anda, boleh klik di link Set Susu Ibu

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755

Whatsapp : 0194773457

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *