Living in Japan

Zoo Best Di Tokyo – Tama Zoo

Asalnya hari tu nak pergi Ueno Zoo.

Tapi bila tengok calendar Ueno Zoo, diorang tutup pulak hari tu.

Jadi, kami divert ke Tama Zoo.

Baca review di TripAdvisor, rata-rata orang bagi 5 star kat Tama Zoo nih.

Ok memang 5 star, tapi saya bagitau beberapa perkara supaya korang boleh get ready ya.

Hihi.

Tips Tama Zoo:

1) Walaupun namanya Zoo, tapi ia lebih kepada Zoo in the park.

Maksudnya banyak view yang Subhanallah cantik.

Tapi..

2) Untuk tengok haiwan, kena daki bukit!!! Hahaha.

Bukan calang-calang tau pendakian tu.

Jadi, tak payah lah pakai heels kalau rasa heels tu susah nak daki bukit curam.

Pakai kasut yang bersesuaian.

Dan rajin kan diri makan Ostematrix, iaitu supplement kalsium Shaklee supaya tak cepat lenguh kaki sakit pinggang.

Bukan takda shuttle bus.

Tapi bus itu priority kepada wheelchair dan orang tua.

Eh, orang tua kat sana pun daki bukit.

Sila segan. Keh³

3) Sila sediakan air mineral in case pancit tengah jalan.

Memang ada vending machine, tapi dekat area binatang tu, tak pasti pulak.

Pendakian bukit anda adalah pasti sangat2 berbaloi sebab, binatang yang kita boleh tengok, adalah sangat teramat dekat!!!

Ya Allah, excited sangat3!!!

Oleh kerana kami pergi tengahari, dan cepat pancit, dapat tengok dan enjoy sikit je lah.

Itu pun rasa excited sangat.

Zirafah

Kami pilih untuk tengok African animal first.

Haiwan pertama kami jumpa, adalah kawanan zirafah.

Oh maiiii!!!

Kami dan zirafah hanya dipisahkan dengan grill besi.

Dan zirafah boleh datang dekat sangat teramat!!

Masa tulis ni pun rasa excited sangat2!!

Bila zirafah datang dekat, kalau kita cukup tinggi nak cecah top of grill besi, boleh dah pegang zirafah tu.

Waktu makan zirafah adalah jam 2.30 pm.

Oleh kerana Maryam memang sangat suka zirafah, kami kembali ke zirafah.

Bukan tengok orang zoo bagi zirafah makan.

Tapi kami yang bagi zirafah makan!!!

Waaaahhh sangat terkejut sangat betapa jinak nya zirafah tu.

Tapi bukan lah kami masuk dalam tu. Hulur daun pokok yang dah gugur, zirafah akan ambil dari dalam tu.

Ada sampai zirafah jilat tangan hubby. Huhuhu.

Hubby cakap, lidah zirafah sangat sticky, sebab tu kot boleh grab dedaunan atas pokok.

Subhanallah.

Memang banyak masa habis kat Zirafah je.

Dalam area zirafah ada jugak Zebra.

Singa atau Lion

Oh ini lagi satu sangat2 membuatkan kami excited sesangatttt.

Untuk tengok singa, kita kena naik bas khas.

Tiket bas boleh beli di ticket vending machine, bertentangan dengan kawasan zirafah.

Kalau tak salah, adult 310 Yen.

Dan kita akan beratur untuk naik bas tu.

Masuk je bas tu, kita akan siap-siap duduk dalam posisi pandang ke tepi.

Tak payah pandang ke depan, ada driver je kat depan.

Kata nak tengok singa, kan.

Dan bas akan mula drived.

Kita akan melalui kawanan singa yang tengah lepak.

Dannn paling excited adalah, bila singa dan kita hanya dipisahkan dengan cermin kaca bas!!!

Singa tu, dia akan jilat cermin bas!!

Ohmaiii!! Subhanallah terkejut plus excited sangat2!!!

Boleh ambil video siap lah.

Ya Allah!!!

Jangan risau kalau anda tengok belah kiri je singa layan, nanti bas akan di drive supaya singa turut jilat belah anda.

Sangat super best!!!

Yang sebenarnya staff zoo dah siap letak daging kat tingkap, ada celah yang kita tak nampak.

Jadi singa pun of course nak makan daging tu, kan.

Elephant

Hok ni dah letih masa tu. Haha.

Tapi still dapat tengok betapa besarnya gajah Subhanallah.

Yang ni pisah jauh sikit, tapi tak lah macam kat Zoo Negara KL, jauh bebeno. Uhuk3

Tapi tak lah dekat macam gajah kat Kuala Gandah, Pahang.

Tapi ciptaan Allah.

Kita boleh stare at the elephant in awe!

Ok, tu je binatang kitorang tengok.

Oh ada gak, pelican ke apa namanya.

Memang besar, diorang duduk sebelah zirafah.

Suka sangat main air walaupun kitorang dah kesejukan.

All in all, Tama Zoo memang besttt!!

Provided kita sanggup nak daki bukit dan jalan kaki extra jauh.

It worth the tiredness. Hihi.

Gambar?

Insya-Allah ai upload bila masuk laptop deh. Hik3.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *